Asal-usul nama Klang اصل-اصول نام كلاڠ Klang

Terdapat banyak versi tentang asal usul nama Klang diantaranya:

  • Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli, rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu "Klong".[3] Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Charles A. Fishr pula berpendapat "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.[4]
  • Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Shah II, Kedah (1506-1546) iaitu Sultan Kedah yang ke-10, baginda mula menerbitkan matawang baru yang diberi nama Tera, Pitis, Kupang (Kepeng), Jempal dan Rial. Baginda dari Kota Siputih (kini Kota Seputeh) telah melakukan kunjung hormat ke istana Melaka yang waktu itu yang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Rujukan

WikiPedia: Klang http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssoci... http://en.hongshannet.cn/wlmqG/Intr/Twin/201408/t2... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://foodstreet.com.my/food-street/bpage.s?by=Me... http://www.thestar.com.my/Metro/Community/2015/11/... http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/05/... http://www.thestar.com.my/metro/smebiz/news/2015/0... http://www.mpklang.gov.my/